Header AD

13 TIPS MUDAH MENCARI JODOH

1. BERDOA
➡Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan berulang-ulang kali.
.
2. LUASKAN PERGAULAN
➡Hadiri majlis ilmu dan keramaian. 
.
3. GUNAKAN PORTAL UNTUK CARI JODOH 
➡Pilih portal cari jodoh islamik yang bersesuaian. Contoh: www.tilljannah.my
.
4. BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
➡Manfaatkan sepenuh masa bujang untuk berbakti semaksimum mungkin kepada ibu bapa. Mohon mereka doakan jodoh kita juga.
.


5. MOHON BANTUAN KAWAN
➡Nyatakan hasrat kepada mereka. 
.
6. KENALPASTI LUBUK SUMBER CALON
➡Tidak ada istilah “calon semuanya telah diambil orang”. 
➡Kenalpasti di mana mereka selalu berkumpul dan atur strategi untuk mendapatkan akses kepadanya.
.
7. CINTAKAN ILMU
➡Anda boleh download lebih banyak petua yang lain di sini:http://www.tilljannah.my/ebook.php/ atau Google sahaja. 
.
8. NIAT YANG BETUL
➡Dirikanlah rumah tangga kerana kita ingin menyempurnakan agama, ingin mendidik dan dididik serta banyak lagi niat baik yang lain. 
➡Jangalah kita mendirikan rumah tangga semata-mata kerana tekanan daripada individu di sekeliling kita. 
.
9. PERHATIKAN SEKELILING DENGAN TELITI
➡Cuba perhatikan di sekeliling kita dengan teliti, satu persatu dengan deria yang terbuka luas. 
➡Mungkin si dia yang dicari-cari sebenarnya berada amatlah hampir dengan kita. 
.
10. JANGAN TERLAMPAU CEPAT MEMBUAT KESIMPULAN
➡Cubalah untuk tidak membuat kesimpulan sendiri yang terlampau awal tentang calon yang ada tanpa mengkaji dengan lebih mendalam. 
➡Orang lain boleh memilih apa yang perkara yang mereka ingin tunjukkan dan apa yang mereka ingin simpan agar tidak diketahui.
.
11. FLEKSIBEL TENTANG CIRI-CIRI CALON YANG DIINGINI
➡Jangan telampau mengejar kesempurnaan kerana diri kita juga tidak begitu. Utamakan nilai-nilai agama. Bertolak ansur dengan ciri yang lain.
➡Ini bukan bermakna anda perlu menerima calon yang tidak berkualiti.
.
12. BERANIKAN DIRI
➡Tidak salah anda meluahkan hasrat anda. Gunakanlah saluran yang sesuai seperti mewakilkan ahli keluarga yang terdekat. 
➡Tiada istilah "perigi mencari timba"
➡Jangan menyesal di kemudian hari kerana ada yang lebih pantas daripada anda.
.
13. AMBIL TINDAKAN
➡Pilih mana-mana tip di atas dan laksanakan segera sekarang juga. Buat satu demi satu. Jangan sesekali berputus asa.
.
📢📢Jika anda rasakan maklumat di atas ini bermanfaat, jom SHARE sekarang juga!! 😊.
13 TIPS MUDAH MENCARI JODOH 13 TIPS MUDAH MENCARI JODOH Reviewed by Unknown on 09:32:00 Rating: 5

No comments

Post AD